SELAMAT DATANG
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Temerloh, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Persekolahan di SK Tebing Tinggi ini bermula pada tahun 1930an di Kampung Batu Kawah berhampiran dengan sungai Pahang. Buat permulaannya sekolah ini adalah sebuah pondok berlantaikan tanah dan beratapkan zink bagi menampung persekolahan anak-anak di kampung tersebut. sesi persekolahan di sini terhenti seketika kerana penduduk takutkan kehadiran penjajah Jepun. Sesi persekolahan diteruskan kembali setelah selesai masalah penjajahan Jepun. Setelah beberapa lama kemudian, sekolah ini telah digantikan dengan sebuah bangunan kayu satu blok untuk kemudahan persekolahan anak-anak di kampung ini. Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 21 Ogos1965. Hampir setiap tahun kampung ini dilanda banjir, sehinggalah pada tahun 1970 kampung ini telah ditenggelami banjir yang amat teruk sehingga menenggelamkan rumah sampai ke aras bumbung serta memusnahkan harta benda dan haiwan ternakan. Semua penduduk kampung terpaksa berpindah ke Kampung Bukit Genting yang berhampiran dengan kampung tersebut. Pada awal tahun 1992, penduduk kampung telah mendesak pihak kerajaan supaya membina sekolah baru di tapak baru di kampung Bukit Genting bagi menyelesaikan masalah sekolah yang selalu ditenggelami banjir di kampung ini.Akhirnya dengan pelbagai dugaan dan cabaran, SK Tebing Tinggi telah berpindah di lokasi sekarang pada 12 Januari 2006. Sekolah ini telah bebas daripada masalah ditenggelami banjir, malah telah menjadi pusat pemindahan mangsa banjir pula. Sekolah ini terdiri daripada dua blok tiga tingkat yang lengkap dengan enam bilik darjah serta bilik-bilik khas yang lain.SK Tebing Tinggi merupakan sekolah kurang murid (SKM) yang murid-muridnya kurang dari seratus orang. murid-murid ini terdiri dari anak-anak di Kampung Bukit Genting dan kawasan sekitarnya yang majoriti datang dari keluarga penoreh getah dan bekerja kampung. Mereka belajar dalam tahun satu hingga enam dan termasuk satu kelas Prasekolah serta satu kelas Pendidikan Khas Integrasi yang bermula pada tahun 2010. Sehingga kini, sekolah mempunyai enam belas (16) orang guru, empat (4) orang staf sokongan serta empat (4) orang pekerja pembersihan kawasan dan empat (4) orang pengawal keselamatan swasta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment